Arsenal Terlalu Garang

Fabregas menjaringkan dua gol memberikan tekanan kepada pendahulu liga chelsea apabila membelasah Aston Villa 3-0 di halaman sendiri.
__________________________________________________________________________

Man United kekal tempat kedua atasi Hull City

LONDON:
Cesc Fabregas hadir selaku pemain gantian untuk menyumbat dua gol membantu Arsenal menewaskan Aston Villa 3-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi.

Kejayaan itu menyaksikan Arsenal melonjak sementara ke tangga kedua buat beberapa jam sahaja dan kembali pada kedudukan asal (tempat ketiga) selepas juara bertahan, Manchester United menewaskan Hull City 3-1 di gelanggang lawan hasil jaringan Wayne Rooney (minit ke-44), gol sendiri oleh Andy Dawson (73) dan Dimitar Berbatov (82).

Kemenangan itu menyaksikan barisan didik Alex Ferguson kini merapatkan jurang mata kepada dua sahaja di belakang pendahulu, Chelsea.

Fabregas yang masuk menggantikan Denilson meletakkan pasukan di hadapan dengan rembatan padu hasil sepakan percuma pada minit ke-65 dari penjuru kotak penalti yang menyaksikan bola melencong melepasi jangkauan penjaga gol, Brad Friedel.

Dengan permainan berbaki sembilan minit, pemain antarabangsa dari Sepanyol itu meluru menyambut umpanan daripada Theo Walcott sebelum tenang menyepak masuk untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Arsenal menambah derita lawan dengan gol ketiga menerusi Abou Diaby pada minit terakhir permainan. �AFP

0 comments:

Post a Comment

 
The Gunner's © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top