Fabregas bukan untuk dilelong

LONDON – “ Lupakan niat untuk mendapatkan Cesc Fabregas” Demikian amaran Pengerusi Arsenal, Peter Hill-Wood kepada AC Milan yang cuba memancing bintang perancang kelabnya itu.

Jurulatih Milan, Leonardo dalam perancangan membuat tawaran sebanyak EURO31 juta (RM184.5 juta) ke atas kapten The Gunners itu.

Begitu, Hill-Wood berkata: “Tidak akan ada peluang sama sekali bagi kami untuk menjual Cesc dan segala khabar angin ini hanyalah palsu semata-mata. “Perkara seperti ini akan timbul dari semasa ke semasa dan ia sesuatu yang telah biasa kami lalui. “Setakat yang saya tahu, Cesc gembira di Arsenal.”

Fabregas, 22, yang mempunyai kontrak di emirates sehingga 2014 memberitahu, dia yakin dengan kemampuan Arsenal bersaing dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Englang pada musim ini. “Kami tidak akan memulakan musim ini dengan hanya misi menduduki tanggan keempat sahaja,” kata Fabregas.

“Setiap kelab handal melalui masa sukar danbegitu juga kami di Arsenal tetapi kamu perlu lebih kuat dan terus bersama, jadi saya rasa semuanya akan berjalan dengan baik.” Untuk rekod, Fabregas kini menjadi aset paling bernilai bagi Arsenal selepas kelab itu kehilangan Emmanuel Adebayor dan Kolo Toure yang menyertai Manchester City, sementara Philippe Senderos disunting Everton. - Agensi

Arsenal Terlalu Garang

Fabregas menjaringkan dua gol memberikan tekanan kepada pendahulu liga chelsea apabila membelasah Aston Villa 3-0 di halaman sendiri.
__________________________________________________________________________

Man United kekal tempat kedua atasi Hull City

LONDON:
Cesc Fabregas hadir selaku pemain gantian untuk menyumbat dua gol membantu Arsenal menewaskan Aston Villa 3-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi.

Kejayaan itu menyaksikan Arsenal melonjak sementara ke tangga kedua buat beberapa jam sahaja dan kembali pada kedudukan asal (tempat ketiga) selepas juara bertahan, Manchester United menewaskan Hull City 3-1 di gelanggang lawan hasil jaringan Wayne Rooney (minit ke-44), gol sendiri oleh Andy Dawson (73) dan Dimitar Berbatov (82).

Kemenangan itu menyaksikan barisan didik Alex Ferguson kini merapatkan jurang mata kepada dua sahaja di belakang pendahulu, Chelsea.

Fabregas yang masuk menggantikan Denilson meletakkan pasukan di hadapan dengan rembatan padu hasil sepakan percuma pada minit ke-65 dari penjuru kotak penalti yang menyaksikan bola melencong melepasi jangkauan penjaga gol, Brad Friedel.

Dengan permainan berbaki sembilan minit, pemain antarabangsa dari Sepanyol itu meluru menyambut umpanan daripada Theo Walcott sebelum tenang menyepak masuk untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Arsenal menambah derita lawan dengan gol ketiga menerusi Abou Diaby pada minit terakhir permainan. �AFP
 
The Gunner's © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top